Friday, January 10, 2020

Amaran keras untuk mereka yang membenci Takaful

STATUS PANJANG DAN KERAS. Jangan baca sampai habis.

Kawan kawan menjauh bila merasakan kita nak close mereka takaful. Itu biasa. Sebab mereka selalu nampak apa yang kita terima tanpa sedar apa pula yang mereka terima☺️

Bayangkan, beri RM100, terus dapat jaminan bertulis RM100,000 tunai!

Kawan baik, adik beradik, saudara mara pun kalau kita beri dia rm100 harini, lepastu minta dia setuju kalau kita tiada atau sakit dalam masa 30 hari dari harini, tolong beri dana rm100,000 untuk keluarga kita terus survive pun mereka tak berani nak ambil risiko. Sebab mereka adalah individu.

Syarikat takaful adalah program kelompok, bantu membantu, berkongsi risiko, musibah yang besar menjadi ringan bila ditanggung beramai-ramai. Praktik konsep jemaah, cubit paha kiri, paha kanan terasa. Jadi memang logik kalau kita dibayar rm100,000 bila musibah berlaku, walaupun kita cuma sumbang rm100 tiap tiap bulan.

95% rakyat malaysia tak cukup coverage! jangan sembang ikut kemampuan kalau kereta menjalar, gadget up to date, bergaya kemain. Memang betul duit masing-masing. Tapi bila kita susah, kita turut menyusahkan orang lain, sebab kalau orang lain tu tak bantu, dapat dosa pula. So sebelum apa apa berlaku, rancanglah sebetulnya. After all, 100% tak rugi bertakaful.

Dan kalau nak banyak buat kerja amal, jom join saya. Saya tak banyak buat kerja amal, tapi kalau awak join saya, saya akan tunjuk kat bahagian mana kerja amal yang ada dalam setiap hari rutin sebagai seorang ejen takaful. Tak perlu kelulusan akademik tinggi tinggi. Memadai dengan jiwa yang besar dan keberanian yang cukup.

Thursday, January 9, 2020

Kenapa tolak takaful

Situasi 1:

TAKAFUL???...... "COMPANY COVER"!!!

Situasi 2:

TAKAFUL ??? ...... "GOVERNMENT STAFF LA BRO GL ADA" !!!!!
_____________________________________________

UMUR 25:

TAKAFUL "Company Cover"
"GOVERNMENT STAFF GL ADA"
Tak perlulah cari yg personal

UMUR 28:

diagnosed with cyst cost RM8,000
TAKAFUL  "Company Cover"
Nasib baik ada company cover
Govt staff : GL ADA !!!! ADA MASA UTK SAKIT KEPALA KE???

UMUR 34:

Accident 3 bulan tak boleh bekerja kos rawatan hospital almost RM60,000
TAKAFUL : "Company Cover"
Fuhhh nasib baik 🙄
Govt Staff : Kami ada plan kelompok 6 bulan ke 1 tahun keluar pampasan.. 😅 pastu kawan2 opis bley sumbang sorg 3 hengget.. Apadahal 🤭

UMUR 48:

Mata kabur-kabur, doctor cakap border line kencing manis.
TAKAFUL "Company Cover"
Govt staff : GL ADA LA 🙈

Alamak, kene carik insurance personal ni, nti klau berhenti kerje pencen saper nak tanggung. Call lah agent memana.

"Maaf encik, mengikut record dan medical history encik, company insurance terpaksa menolak permohonan insurance Encik"

UMUR 55: pencen
TAKAFUL : "Company dah TAK Cover"
GOVT STAFF : GL ADA TAPIII ADA BARANG KENE BAYAR 1/2 ..

Akhirnya penat-penat kumpul duit KWSP @ PENCEN @ GRATUITY, kene pakai banyak untuk kos perubatan. Kan tak cantik macam tu??? Ini bukan cerita yang dibuat-buat, perkara ini berlaku pada kebanyakan rakyat Malaysia yang rata-rata mempunyai pelan kewangan yang lemah.

Rancang kewangan anda....
TAKAFUL SENDIRI PUNYA=MESTI ADA

4 perkara penting sebelum mengambil Takaful


4 RISIKO TERPENTING YANG PERLU DILINDUNGI


Mungkin ramai antara kenalan kita cadangkan pentingnya untuk sertai takaful. Tapi kita tak tahu pun apa sebenarnya yang patut dilindungi.


Harini saya mahu kongsikan 4 jenis risiko yang paling penting untuk kita lindungi melalui takaful.

Ini berdasarkan bacaan dan pendapat saya sendiri. Boleh tambah di ruangan komen jika anda rasa ada perkara lain lagi yang penting.
.
1. Kematian
Bukan mahu menakutkan. Tapi semua maklum bukan, kita akan tetap menuju ke arah kematian. Antara lambat atau cepat saja.
Kenapa penting untuk lindungi risiko kematian ni?
Kalau anda jenis fikir hal dan diri sendiri sahaja, mungkin tak nampak kepentingannya.
Jika anda jenis yang sayangkan pasangan, anak-anak, ibu bapa dan ahli keluarga lain, anda akan rasa ini sangat penting.
Cuba jawab soalan ini,
hal urusan dunia kita mungkin sudah selesai (jika tiada hutang ditinggalkan),
tapi apa akan jadi dengan ahli keluarga yang kita tinggalkan?
Perbelanjaan harian mereka, jika hanya anda seorang saja yang jadi tempat mereka bergantung?
.
2. Hilang Upaya Kekal
Setuju tidak jika saya katakan risiko hilang upaya kekal ini lebih besar musibahnya daripada kematian?
Jika dilihat dari segi kewangan,
ya!
Jika musibah kematian, mereka hanya perlu bersusah payah meneruskan kehidupan mereka sahaja.
Jika anda terlantar, tidak mampu berkerja semula, mereka perlu fikirkan tentang kehidupan mereka sendiri dan juga anda.
Sanggup ke kita hanya sekadar melihat mereka bersusah payah sebegitu?
Tanpa mampu berbuat apa-apa?
.
3. Penyakit Kritikal
Sakit jantung, kencing manis, strok, kanser dan kegagalan buah pinggang antara sakit kritikal yang sering dialami oleh rakyat Malaysia.
Pabila ada sakit kritikal ni, ada dua perkara yang membebankan;
❗ Pendapatan yang terjejas
❗ Kos rawatan yang tinggi
Walau masih mampu untuk terus berkerja, pendapatan kita mungkin akan terjejas. Dek kerana kerap cuti sakit.
Silap haribulan, mungkin boleh dipecat majikan disebabkan kurang produktif. Rawatan masih perlu diteruskan, masih ada kos yang perlu dibayar.
.
4. Aset/Harta
Setiap aset bernilai perlu dilindungi.
Contoh; rumah, kereta dan segalanya yang bernilai pada kita.
Jika berlaku apa-apa musibah ke atas rumah kita, dapatlah kita perbaiki semula kerosakkan yang ada dengan pampasan yang kita terima.
Jika aset itu masih ada hutang berbaki, amatlah mustahak untuk kita ambil perlindungan secukupnya.
Andai anda meninggal dunia atau hilang upaya kekal sebelum sempat bayar habis, dapatlah waris/ahli keluarga selesaikannya dengan pampasan yang diterima.
.
Jadi, ini antara perkara penting yang perlu kita ambil peduli dan lindungi.
Bersedia awal untuk mengelak atau mengurus sebarang risiko yang ada.
Moga dengan perkongsian ini dapatlah sedikit sebanyak membuka minda dan hati anda untuk menguruskan risiko secepat mungkin, sekiranya masih belum sertai mana-mana pelan perlindungan takaful.
Yang boleh membantu anda urus risiko,

Pakcu😘
0182838810

Saturday, January 4, 2020

Apa itu Takaful

✔Makna takaful

Tafsiran syara’ ialah satu pakatan  kumpulan yang saling menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain apabila salah seorang peserta ditimpa sesuatu musibah.

Perkataan takaful berasal dari perkataan Arab-Kafala,yang bermaksud saling menjamin.

Hadith Rasul saw:”Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah  bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jiranya yang terhimpit”

✔Tujuan Takaful

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan sesorang berikhtiar untuk saling bantu-membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

✔Ciri-ciri Takaful

-Tiada unsur Riba
-Tiada unsur Gharar(Ketidakpastian)
-Tiada unsur Maisir(perjudian)
-Ada perkongsian keuntungan(mudharabah)
-Ada sumbangan Tabarru’Pelaburan halal
Dipantau oleh majlis pengawasan syariah.

Monday, December 30, 2019

Pengenalan diri

Assalmualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua sahabat. Saya Nazir Aziz @ Pakcu

InsyaAllah dalam channel ni saya akan banyak berkongsi info, tips dan ilmu ekslusif tentang takaful keluarga, medical card, Personal Accident, dan info kesihatan.

Terima Kasih Semua
Sahabatku!