Thursday, January 9, 2020

4 perkara penting sebelum mengambil Takaful


4 RISIKO TERPENTING YANG PERLU DILINDUNGI


Mungkin ramai antara kenalan kita cadangkan pentingnya untuk sertai takaful. Tapi kita tak tahu pun apa sebenarnya yang patut dilindungi.


Harini saya mahu kongsikan 4 jenis risiko yang paling penting untuk kita lindungi melalui takaful.

Ini berdasarkan bacaan dan pendapat saya sendiri. Boleh tambah di ruangan komen jika anda rasa ada perkara lain lagi yang penting.
.
1. Kematian
Bukan mahu menakutkan. Tapi semua maklum bukan, kita akan tetap menuju ke arah kematian. Antara lambat atau cepat saja.
Kenapa penting untuk lindungi risiko kematian ni?
Kalau anda jenis fikir hal dan diri sendiri sahaja, mungkin tak nampak kepentingannya.
Jika anda jenis yang sayangkan pasangan, anak-anak, ibu bapa dan ahli keluarga lain, anda akan rasa ini sangat penting.
Cuba jawab soalan ini,
hal urusan dunia kita mungkin sudah selesai (jika tiada hutang ditinggalkan),
tapi apa akan jadi dengan ahli keluarga yang kita tinggalkan?
Perbelanjaan harian mereka, jika hanya anda seorang saja yang jadi tempat mereka bergantung?
.
2. Hilang Upaya Kekal
Setuju tidak jika saya katakan risiko hilang upaya kekal ini lebih besar musibahnya daripada kematian?
Jika dilihat dari segi kewangan,
ya!
Jika musibah kematian, mereka hanya perlu bersusah payah meneruskan kehidupan mereka sahaja.
Jika anda terlantar, tidak mampu berkerja semula, mereka perlu fikirkan tentang kehidupan mereka sendiri dan juga anda.
Sanggup ke kita hanya sekadar melihat mereka bersusah payah sebegitu?
Tanpa mampu berbuat apa-apa?
.
3. Penyakit Kritikal
Sakit jantung, kencing manis, strok, kanser dan kegagalan buah pinggang antara sakit kritikal yang sering dialami oleh rakyat Malaysia.
Pabila ada sakit kritikal ni, ada dua perkara yang membebankan;
❗ Pendapatan yang terjejas
❗ Kos rawatan yang tinggi
Walau masih mampu untuk terus berkerja, pendapatan kita mungkin akan terjejas. Dek kerana kerap cuti sakit.
Silap haribulan, mungkin boleh dipecat majikan disebabkan kurang produktif. Rawatan masih perlu diteruskan, masih ada kos yang perlu dibayar.
.
4. Aset/Harta
Setiap aset bernilai perlu dilindungi.
Contoh; rumah, kereta dan segalanya yang bernilai pada kita.
Jika berlaku apa-apa musibah ke atas rumah kita, dapatlah kita perbaiki semula kerosakkan yang ada dengan pampasan yang kita terima.
Jika aset itu masih ada hutang berbaki, amatlah mustahak untuk kita ambil perlindungan secukupnya.
Andai anda meninggal dunia atau hilang upaya kekal sebelum sempat bayar habis, dapatlah waris/ahli keluarga selesaikannya dengan pampasan yang diterima.
.
Jadi, ini antara perkara penting yang perlu kita ambil peduli dan lindungi.
Bersedia awal untuk mengelak atau mengurus sebarang risiko yang ada.
Moga dengan perkongsian ini dapatlah sedikit sebanyak membuka minda dan hati anda untuk menguruskan risiko secepat mungkin, sekiranya masih belum sertai mana-mana pelan perlindungan takaful.
Yang boleh membantu anda urus risiko,

Pakcu😘
0182838810

No comments:

Post a Comment